Monday, August 25, 2008

merdeka3

Salam merdeka

Pada 23-24 Ogos yang lalu Sprinta 2008 bagi pusingan ke tiga rasanya, tidak pasti diadakan di Stadium Likas , Sabah. Teringat pula Sprinta di Kluang Johor, 3 tahun lalu sangat sesak sampai terpaksa jalan kaki setengah kilometer dari tempat perlumbaan.Tidak berkesempatan aku pergi ke Likas untuk merasakan bahang ’Rempit motor Halal’, betullah kan.... Accident pun ada insurans. Bila bercerita tentang motor , agak janggal bila bercerita dengan orang Sabah, kebiasaan kita dapat lihat mereka lebih menaiki kenderaan awam, dan untuk pengetahuan ORANG SEMENANJUNG, DI SINI PEREMPUAN TAK BAWAK MOTOR. Yang bawa motor pun biasanya memang perempuan daripada semenanjung. Bila jadi golongan minoroti ni kadang2 di respect, dan kadang2 dipandang serong, macam perempuan jahat, kadang- kadang sedih juga..... terasa bah.
Kita tinggalkan topik di atas. Budaya lumba haram ni jarang dapat dilihat di Sabah. Namun, apa yang saya perhatikan sejak dua menjak dalam lingkungan 2 tahun kebelakangan ini, remaja di Sabah sudah mula berjinak- jinak dengan lumba- lumba haram. Agak terkejut apabila dalam perjalanan saya pulang rumah pada kebiasaan jam 1 pagi, biasanya ada segerombolan budak- budak muda merempit sambil beraksi wikang, wiley sambil ajak merempit lagi tu. Kondisi di semenanjung boleh dilihat remaja kini beraksi berani dengan awek tukang jadi pemberat di belakang nak buat aksi wiley ekzos berapi di jalan raya.( Maaf tak dapat nak sertakan video- videonya. Tak jumpa simpan mana.). helmet tak pakai, memang berani mati.
Seronoknya bawa motor di Sabah ni jalannya macam lebuhraya, besar, 2 lorong, jadi tak mustahil juga jalan- jalan biasa dijadikan medan merempit. Di semenanjung. Budaya lepak mat- mat motor di Shopping Kompleks adalah fenomena biasa, namun bukan di Sabah. Tetapi tidak kini, dengan menaiki motor Honda EX5 sebagai pilihan utama, mereka sudah mula mendapat budaya- budaya tidak sihat ini. Sekiranya merempit beriman, pada saya tak apa, sebab ia berada di golongan yang faham kalau mati, alamatnya mati katak, sia-sia je mati.
Oleh itu, dalam proses menerapkan minda kelas pertama kepada rakyat Malaysia, kita yang berada pada taraf golongan muda harus sedar, apa yang baik dan apa yang tak baik untuk diri. Bukan selamanya kita muda. Jadi peringatan untuk diri agar berfikir sebelum buat, berani sebelum takut, cegah diri sebelum parah. Wasalamm...

Sunday, August 17, 2008

anJIng KamBing

SEDIKIT PASAL ANJING

Shoh,shoh, shoh, pap!!!, seketul batu tepat- tepat terkena kepala anjing hitam, Lari anjing tu cari tempat melindung diri. Kesian, anjing tu, baru nak cari makanan, dapat hadiah seketui benjol plak.

Sebenarnya kat sini nak ajak semua kita ni manusia yang ada akal berfikir sejenak. Pasal anjinglah.Kisah ini adalah kisah seorang ahli sufi iaitu Abu Yazid Al- Bustami semasa beliau berhadapan dengan ketua paderi. Kisah ini adalah kisah di mana beliau diminta menjawab 50 soalan dengan dipertaruhkan nyawa. Satu persatu soalan ditanya:

Soalan Paderi VS Jawapan Abu Yazid
1. yang satu tiada dua- kewujudan Allah Ta’ala yang maha Esa
2. yang dua tiada tiganya-malam dan siang
3. yang tiga tiada empatnya-Kursi, Kalam dan Arash Allah Ta’ala
4. yang empat tiada limanya-Taurat, Injil, Zabur, Al-Quran
5. yang lima tiada enamnya- islam telah memfardhukan solat lima waktu
6. yang enam tiada tujuhnya- hari- hari Allah Ta’ala telah menciptakan langit dan bumi. Ini ada dalam kitab suci.
7. yang tujuh tiada lapannya- tujuh petala langit dan tujuh lapis juga dalam kitab suci.
.....................................
42. maksud keldai menguak- keldai menguak tanda ia melihat syaitan laknatullah, lalu ia berkata Allah melaknatnya
43. maksud anjing menyalak – awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah T a’ala yang maha Esa.
44. maksud jeritan kuda- maha suci Allah yang memelihara ketika tentera berpadu menyerang musuh penuh semangat.
45. maksud jeritan unta- memadailah Allah bagiku dan cukuplah dia tempat aku menyerahkan diriku.
46. maksud nyanyian burung bulbul- ,maha suci Allah pada waktu pagi dan petang
47. maksud bunyi katak- maha suci Allah yang disembah di mana- mana sahaja ada makhluknya dan tempat- tempat yang tiada penghuni
………………………………………….
Akhirnya selesai 50 soalan tanpa sedikit pun bantahan jawapan daripada ketua paderi.
Subhanallah. Apa yang saya highlightkan kat atas ni pasal anjing menyalak je. Situasi yang saya alami di Sabah yang anjing boleh diibaratkan kambing sepah- sepah kat mana- mana. Inilah yang kerap terjadi apabila masuk azan Subuh.Kalau kita tengok waktu subuh, mula je azan ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR sampai kalimah shahadah, anjing dok menyalak aje, walaupun mereka hanya mendengar sayup- sayup.. Betapa Allah Ta’ala nak tunjuk kebesarannya, anjing pun walau dengar sayup-sayup pun menyahut seruan Allah Ta’ala, tuhan sekelian alam, kita ni makhluk yang diberi akal fikiran sempurna dok tarik selimut lagi, x gitu...Anjing yang manusia hinakan pun bangun waktu subuh, apatah lagi manusia makhluk yang diberi banyak keistimewaan oleh penciptaNya, fikir sejenak denga mata hati.
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN ....

Wednesday, August 13, 2008

merdeka2

Tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut kemerdekaan yang ke 51 yang sudah menjangkau usia emas tanpa kita sedari. Laungan kemerdekaan berkumandang, bendera- bendera dikibarkan. Tetapi, bagaimana ia disambut?

Sehingga usiaku mencapai usia tutttt tahun kini tidak pernah lagi aku perhatikan sambutan kemerdekaan disambut dengan doa kesyukuran, kenduri kesyukuran, atau forum ilmiah. Biasanya hiburan dengan lagu- lagu yang tidak bertemakan langsung kemerdekaan di setiap siaran televisyen menjadi hidangan halwa telinga sebelum tibanya detik yang dianggap sangat bersejarah. Itulah kita, hedonisme seolah- olah sebati pada budaya kita. Bulan penghayatan kemerdekaan. Mungkin mulanya diserikan dengan pengibaran bendera, kedengaran di corong radio bait- bait puisi merdeka, namun penutupnya, tetap dengan muzik yang melalaikan.

Kartun memang kegemaranku. Tertarik aku pada kisah Usop Sontorian dahulunya cukup terkenal di zaman kecilku. Kisah tentang merdeka. Dialog daripada Singh,”kita adakan pesta tari menari atau kita jemput artis untuk membuat persembahan. Kita lemahkan minda masyarakat dengan hiburan yang melalaikan,hahaha”. Nampak ringkas tetapi terkesan di jiwaku. Sedih kerana hiburan lebih diagungkan seolah- olah apabila tiada hiburan mati jiwa. Hiburan memang perlu, kerana kita manusia. Namun hiburan tersebut sepatutnya membawa kita ke jalan yang tidak melalaikan bukan lupa dunia.

Sedih juga aku apabila sempat aku pergi tempat maksiat bukan sebagai ahli tetapi sebagai pemantau keadaan di sana. Di satu sudut kulihat, bukan sahaja ayah, malah ibu serta anak- anak kecil yang baru mengenal apa itu buku sudah mampu menghafal lagu- lau yang melalaikan. Kutenung wajah mereka seolah- olah sedang berada di sudut dunia yang lain melambai tangan, menari kecil. Peranan ibu bapa sebenarnya yang mencorak anak. Memang faktor sekeliling tidak dapat dinafikan. Namun pengawalnya ibu bapa. Seperti yang saya katakan dahulu bukan bererti mengongkong tetapi jadilah sahabat yang baik kepada anak- anak.


Sekadar perkongsian bersama
Fikir-fikirkan

Wednesday, August 6, 2008

merdeka 1

Merdeka!!!!

Tanggal 31, bulan lapan 57,
hari yang mulia, hari bahagia ,
sambut dengan jiwa yang merdeka
Sokmo semua orang hafal lagu ni. Merdeka.. apa ada dengan merdeka, yek?.

Merdeka membawa maksud bebas tidak kiralah ianya berdasarkan sudut jasadi mahupun jasmani. Dahulu, perit apabila diceritakan tentang kemerdekaan. Untuk mendapatkannya seperti satu penyiksaan. Perlu berperang senjata, disiksa,ditoreh badan, disimbah asid, kerahan kerja berat dan dibunuh. Dewasa kini, kita hanya menikmati kesan daripada berjayanya merdeka. Ekonomi kukuh, teknologi canggih, aman politik dan sosial terjamin.

Namun disebalik merdekanya kini, dikaji daripada sudut hati kecil manusia, remaja khasnya sudah mula dijajah semula. Mungkin dahulunya penjajahan berlaku pada jasad namun kini ia menular mengikut kaedah lain ke dalam pemikiran yang lebih secocok dengan perkataan ”ghazwatul fikr’’ iaitu serangan pemikiran. Mudah tetapi payah untuk difahami sehinggakan kehidupan seharian remaja kini sudah mula dipandu oleh ”kebebasan”. Bebas dalam erti kata lain terkongkong di sebalik arus kemodenan, cara berfikir yang tidak matang, berpakaian ala barat- gothic, reggae, hiphop, punk, black metal etc, malah akhlak yang semakin tidak senonoh sehinggakan semakin berani melakukan aksi lucah tanpa segan silu lebih-lebih lagi dengan kecanggihan bluetooth, mudah sahaja ia sampai ke tangan- tangan penagih seks terhadap aksi – aksi panas yang hujungnya sesiapa sahaja bakal menjadi mangsa nafsu buasnya yang memuncak.

Aku bersyukur telah keluar daripada kelompok manusia yang aku gelar ”kawan baik” yang dahulunya aku juga pernah terjebak walaupun baru satu kaki. Mungkin itu zaman remajaku.sekarang dah tua.Jadi, pada sesiapa yang bergelar kakak atau abang, lihat, perhati dan tegur adik- adik yang kita merasakan dia tersimpang jauh daripada landasan yang benar. Pupuk iman ke dalam hati- hati mereka merupakan kaedah yang paling utuh untuk mengikat hati- hati anak remaja daripada lalai mengikut arus moden ini. Segalanya bermula daripada kita. Jangan harapkan orang lain untuk berubah sedangkan kita sendiri tidak mahu berubah...

Sekadar perkongsian bersama untuk diri dan semua
Fikir- fikirkan

Monday, August 4, 2008

ISHISHISH, BUDAK U SEKARANG…


Tahniah, anda terpilih untuk memasuki UNIVERSITI TUTTTTTTT… selamat datang dan semoga berjaya. Ayat pertama pernah aku dapat masa masuk U. bangga tue jadi budak u... macam pandai sangat. Di benak kepala membayangkan kehidupan u yang bebas tanpa kongkongan. Nak buat pe ikut suka.
Mitos budak sekolah selalu kata, ”nanti kat u mesti cari sorang, aisey awek la tu. Nanti kalau tak cari zaman u, alamatnye membujanglah sampai ke tua....” betul ke ni??? Andartu atau bujang terlajak????

Itulah yang kita pernah dimomokkan. Realiti dunia yang fana. Apa maksud fana? Fana itu dalam bahasa arab yang bermaksud binasa. Dunia yang binasa. Dunia yang menjadi filter untuk ke syurga. Berbalik kepada isu industri per” couple” lan, ianya menjadi fenomena normal dikalangan masyarakat mengikut perspektif semua golongan termasuk ibu bapa. Percaya? Memanglah percaya, apa nak dibisingkan? Ye tak, orang selalu kata....
Hakikatnya, islam telah menggariskan panduan hidup untuk diikuti supaya iman terpelihara lebih- lebih lagi banyak dorongan nafsu di sekeliling. Industri per” couple ”an ni menjadi isu biasa bagi masyarakat am. Sebenarnya inilah salah satu asbab yang menjadi nodul- nodul barah maksiat merebak ke dalam masyarakat muda. Ibu bapa moden sekarang beranggapan anak- anak ada couple perkara biasa.

Sepatutnya istilah jaga tepi kain orang sudah perlu diketepikan kerana masalah masyarakat merupakan masalah bersama. Dengan kes zina, buang anak, seks rambang, bunuh dan sebagainya peranan kita sebagai anggota masyarakat perlu celik dan peka dengan jiran sekeliling. Peranan ibu bapa pula, jangan terlalu percayakan anak. Sebaliknya pula berlaku apabila ibu bapa pula lebih membenarkan anak keluar bersama yang diistilahkan ”kawan” oleh anak tanpa diperiksa siapa, lelaki ke perempuan dan sebagainya... ingat, dosa anak masih ditanggung kita, sekiranya keluar dengan bukan mahramnya,spekulasi yang tidak baik boleh tergambar di benak fikiran kita tentang apa yang bakal berlaku pada anak- anak kita.

Oleh itu, bila kita jadi mak ayah kelak pastikan pergaulan anak terjaga, bukan mengongkong tetapi sebagai ” kawan” atau lebih bagus sebagai sahabat kepada anak- anak moga- moga zuriat keturunan kita terpelihara.
Jadilah kita sahabat yang baik kepada anak- anak, bukan hanya tahu menjadi ibu bapa sahaja... cegah sebelum parah, sayangilah keluarga anda sebelum merana

Fikir- fikirkan.....
Mentibangsakti-