pauTAN sAKti

Wednesday, August 6, 2008

merdeka 1

Merdeka!!!!

Tanggal 31, bulan lapan 57,
hari yang mulia, hari bahagia ,
sambut dengan jiwa yang merdeka
Sokmo semua orang hafal lagu ni. Merdeka.. apa ada dengan merdeka, yek?.

Merdeka membawa maksud bebas tidak kiralah ianya berdasarkan sudut jasadi mahupun jasmani. Dahulu, perit apabila diceritakan tentang kemerdekaan. Untuk mendapatkannya seperti satu penyiksaan. Perlu berperang senjata, disiksa,ditoreh badan, disimbah asid, kerahan kerja berat dan dibunuh. Dewasa kini, kita hanya menikmati kesan daripada berjayanya merdeka. Ekonomi kukuh, teknologi canggih, aman politik dan sosial terjamin.

Namun disebalik merdekanya kini, dikaji daripada sudut hati kecil manusia, remaja khasnya sudah mula dijajah semula. Mungkin dahulunya penjajahan berlaku pada jasad namun kini ia menular mengikut kaedah lain ke dalam pemikiran yang lebih secocok dengan perkataan ”ghazwatul fikr’’ iaitu serangan pemikiran. Mudah tetapi payah untuk difahami sehinggakan kehidupan seharian remaja kini sudah mula dipandu oleh ”kebebasan”. Bebas dalam erti kata lain terkongkong di sebalik arus kemodenan, cara berfikir yang tidak matang, berpakaian ala barat- gothic, reggae, hiphop, punk, black metal etc, malah akhlak yang semakin tidak senonoh sehinggakan semakin berani melakukan aksi lucah tanpa segan silu lebih-lebih lagi dengan kecanggihan bluetooth, mudah sahaja ia sampai ke tangan- tangan penagih seks terhadap aksi – aksi panas yang hujungnya sesiapa sahaja bakal menjadi mangsa nafsu buasnya yang memuncak.

Aku bersyukur telah keluar daripada kelompok manusia yang aku gelar ”kawan baik” yang dahulunya aku juga pernah terjebak walaupun baru satu kaki. Mungkin itu zaman remajaku.sekarang dah tua.Jadi, pada sesiapa yang bergelar kakak atau abang, lihat, perhati dan tegur adik- adik yang kita merasakan dia tersimpang jauh daripada landasan yang benar. Pupuk iman ke dalam hati- hati mereka merupakan kaedah yang paling utuh untuk mengikat hati- hati anak remaja daripada lalai mengikut arus moden ini. Segalanya bermula daripada kita. Jangan harapkan orang lain untuk berubah sedangkan kita sendiri tidak mahu berubah...

Sekadar perkongsian bersama untuk diri dan semua
Fikir- fikirkan

No comments: