Monday, January 5, 2009

sepanjang 4 minggu praktikal

Assalamualaikum….

Sekadar sedikit coretan sepanjang empat minggu menjalani praktikal di nursery bunga, bukan tadika ya. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta, macam tu lah kehidupan sebagai pekerja di nursery. Dulu selalu dok kata, kesiannya makcik-makcik ni, panas-panas dok sapu sampah tepi jalan, tanam pokok tengah-tengah jalan, petang baru balik. Akhirnya,huhuhu, ana sendiri merasa pengalaman tersebut .


Ngan bebudak uitm, (kiri sekali ana la)


Ni la yang kami hias, leh dah jadi enterior designer,hehehe

Penat,memanglah penat,panas,memanglah panas,kulit yang hitam semakin berkilat dah…rutin biasa,pagi merumpai tengah-tengah panas, then tanam pokok dalam polybeg, susun rumput tengah panas untuk dijual dan lain-lain p ke site buat projek2 yang tokey nursery ni buat. Penat tapi sangat seronok, x tension. Sentiasa udara segar, ngan pokok2, kat sini baru rasa bestnya kawan ngan makcik2, diorang layan macam anak, kadang2 kitorang mengular juga,hehehe sambil makan pisang rebus cecah limau ngan cili, sedap wooo. Ana selalunya dikutuk la dengan makcik2 ni sebab walaupun mak abah dua2 jawa, tapi sebutir haram pun x keluar daripada mulut, xpandai,hehehe.diorang plak duk ajar cakap bugis, taulah juga dua tiga patah.Tinggal lagi lima minggu ana praktikal.


NYUM NYUM Hidangan minum pagi yang direbus mkck suri

Bila Tanya orang lain, ada yang dok pejabat je, tu memang ana x minat. Bosankan, terkongkong, asyik kena dengar cakap bos je. Tapi 2 la, kerja nursery kena tough, stamina kena kuat, ana pun kadang2 surender gak. Ada sekali ari 2 , ada yang nak beli rumput sebanyak 1000 petak. Bayangkan dari datang kul 7 pagi sampai 11.30pg cukup2 je kerja 2 selesai dengan hanya rehat 10 minit masa2. penat wo. Panas2 potong rumput, susun rumput then angkat sendiri masuk lori, tapi 2 la macam ana cakap tadi seronok sebab diorang selalu buat2 lawak, ana tumpang gelakla. Kalau rasa nak cuba bina muscle baleh gak sebab biasanya angkat tanah paling koman pun 20 kali . mai lah join sama . best wo... site luar yang dah pergi Hotel Le Meridean n Kota Kinabalu industrial park. Kat hotel just hias2 cantik2, kat KKIP plak berpanas mngukur jalan n pancang kayu untuk tanam pokok. Kerja ngan lelaki kena stamina lebih. Takkan lah nak tengok je diorang angkat tanah, kena buat ma.. Masa, mestilah tak tentu masa. Kat hotel ari 2 malam sampai 2 pagi, kat KKIP plak pagi sampai petang. Minggu ni buat kerja kat pejabat kat Kg Likas untuk persiapan hiasan di hotel lagi, seronok...Kalau ada terfikir nak kawan ngan cacing, siput n apa2 la, jom kerjalah di nursery,hehehe, k la, jumpa lagi.


Angkat rumput



bebudak upm bintulu kat KKIP


TEMPAT KERJA



Salam jihad buat semua yang berjihad untuk agama Islam. ISLAM FOR FREEDOM...

Thursday, January 1, 2009

tahun baru vs palestin...

ASSALAAMMUALAIKUM


Setelah sekian lamanya anak x berkesempatan buka blog. xsmpat la p CC. Insyaallah, ada duit masyuk nanti nak pasang broadband. hari ini tahun masihi telah berganjak setahun lagi.Tahun hijrah juga mengalami anjakan masa melangkah ke 1430H. Tahun telah berganjak, kita bagaimana?Setiap tahun budaya kita tetap tidak berubah. Sambutemerdekaan dengan hiburan yang melalaikan.Terkinja-kinja sana sini. Di Sabah biasanya pantai menjadi medan utama malam tahun baru dengan budaya "mandi membuang sial". tertanya juga, buang sial atau bertambah sial dengan ramai yang tumpang cuci mata.

Palestin dibuli lagi.Ana ambil petikan daripada berita harian sambutan tahu baru tahun ini:

SYDNEY: Masyarakat Asia memulakan sambutan 2009 dengan 1.5 juta orang dijangka mengambil bahagian dalam pesta bunga api di Sydney, tempat pertama ketibaan Tahun Baru, tetapi tidak disambut di kebanyakan negara Arab yang memprotes kekejaman Israel di Gaza.

Sambutan di India juga dilaporkan kurang meriah kerana serangan di Mumbai, November 2008 menyebabkan 172 terbunuh dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan.

Keadaan juga sama di Pakistan dengan kebanyakan hotel di Karachi tidak merancang sambutan besar, walaupun ramai warga kota dijangka berkumpul di tepi pantai.



Selain isu keganasan, masalah kewangan dunia juga faktor kedua menjejaskan sambutan Tahun Baru. Di Tokyo, misalnya, pekerja yang diberhentikan akan berkhemah di Taman Hibiya, manakala aktivis antikemiskinan mengedarkan makanan kepada penduduk memerlukan.

Di Hong Kong, pasar raya Times Square sudah merancang pesta besar, manakala di Korea Selatan, polis berkawal selepas ada laman web menggesa bantahan antikerajaan diadakan di tengah Seoul. Kemeriahan sambutan Tahun Baru dilaporkan di Singapura, Filipina dan China.

Keadaan berbeza di negara Arab. Di Mesir, konsert penyanyinya, Mohamed Mounir ditangguhkan hingga lewat Januari selepas penyanyi itu menyatakan kesedihannya terhadap apa yang berlaku di Gaza.



Di Malaysia,orang islam sendiri pu terkinja-kinja di pentas muzik tanpa perasaan. ingat,sehingga lewat kelmarin, pergerakan bersenjata Hamas berjaya melancarkan lima serangan roket sehingga ke pekan Beersheva yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan Gaza.rasanya nak je bagi cadangan pada palestin minta je tolong Iran lancarkan bom nuklear. kalau ikut perasaanlah. tapi jangka panjangnya, merana la orang palestin sekali kena bahan api. 20 tahun x tentu lagi pulih. berdoa sesama moga2 mujahid2 rakyat Palestin dimudahkan urusan mereka, amin .