pauTAN sAKti

Wednesday, August 13, 2008

merdeka2

Tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut kemerdekaan yang ke 51 yang sudah menjangkau usia emas tanpa kita sedari. Laungan kemerdekaan berkumandang, bendera- bendera dikibarkan. Tetapi, bagaimana ia disambut?

Sehingga usiaku mencapai usia tutttt tahun kini tidak pernah lagi aku perhatikan sambutan kemerdekaan disambut dengan doa kesyukuran, kenduri kesyukuran, atau forum ilmiah. Biasanya hiburan dengan lagu- lagu yang tidak bertemakan langsung kemerdekaan di setiap siaran televisyen menjadi hidangan halwa telinga sebelum tibanya detik yang dianggap sangat bersejarah. Itulah kita, hedonisme seolah- olah sebati pada budaya kita. Bulan penghayatan kemerdekaan. Mungkin mulanya diserikan dengan pengibaran bendera, kedengaran di corong radio bait- bait puisi merdeka, namun penutupnya, tetap dengan muzik yang melalaikan.

Kartun memang kegemaranku. Tertarik aku pada kisah Usop Sontorian dahulunya cukup terkenal di zaman kecilku. Kisah tentang merdeka. Dialog daripada Singh,”kita adakan pesta tari menari atau kita jemput artis untuk membuat persembahan. Kita lemahkan minda masyarakat dengan hiburan yang melalaikan,hahaha”. Nampak ringkas tetapi terkesan di jiwaku. Sedih kerana hiburan lebih diagungkan seolah- olah apabila tiada hiburan mati jiwa. Hiburan memang perlu, kerana kita manusia. Namun hiburan tersebut sepatutnya membawa kita ke jalan yang tidak melalaikan bukan lupa dunia.

Sedih juga aku apabila sempat aku pergi tempat maksiat bukan sebagai ahli tetapi sebagai pemantau keadaan di sana. Di satu sudut kulihat, bukan sahaja ayah, malah ibu serta anak- anak kecil yang baru mengenal apa itu buku sudah mampu menghafal lagu- lau yang melalaikan. Kutenung wajah mereka seolah- olah sedang berada di sudut dunia yang lain melambai tangan, menari kecil. Peranan ibu bapa sebenarnya yang mencorak anak. Memang faktor sekeliling tidak dapat dinafikan. Namun pengawalnya ibu bapa. Seperti yang saya katakan dahulu bukan bererti mengongkong tetapi jadilah sahabat yang baik kepada anak- anak.


Sekadar perkongsian bersama
Fikir-fikirkan

No comments: