Monday, June 29, 2009

HANTU OH HANTU OIIII !!!!

HANTU OH HANTU



budak- budak punye pikiran...
Assalamualaikum.... Bermusim nampaknya cerita- cerita hantu ye. Dari satu ke satu cerita di televisyen. Bermula dengan Saka, cerita- cerita hantu nampaknya semakin menjadi kegilaan penerbit- penerbit drama. Ianya telah berlarutan ke semua stesyen TV termasuk di Astro. Yelah sedangkan Korea boleh buat cerita- cerita hantu masuk Malaysia, takkan produser Malaysia x boleh kut. Bagaimana dengan penonton? Apa pendapat anda? Sekarang kita dirancakkan dengan Keliwon (TV3) , Jangan Pandang Belakang (TV2) , Ceplos (Tv9), e. Toyol.com (tv3), Ghost (ntv7) , Di Alam Lain (Astro). Filem juga dipengaruhi kuat dengan cerita- cerita seram dan yang paling baru Skrip7707 dan Jangan pandang Belakang Congkak walaupun ia cerita komedi tetapi cerita tu semua tahyul da. Ana memang peminat cerita- cerita hantu tapi bayangkan sekiranya kanak- kanak yang melihatnya.teringat satu cerita keliwon pasal MINYAK DAGU. Naik juga bulu roma ana sebab dia potong2 mayat. Memangla ada tulis PG18, tapi da tayang kat tv sudah pastinya segala umur akan menontonnya.perasan x secara x langsung ia telah memporak-perandakan iman kita dalam menyakini akan adanya perkara- perkara ghaib tapi telah bertukar menjadi PERCAYA KEPADA HANTU??? Semua cerita menggunakan ayat ALQURAN untuk menampakkan realnya cerita tu. Tapi mungkin secara senyap2 nye, ini akan membina minda masyarakat untuk menggunakan bomoh yang ala- ala ustaz tapi x betul juga sebgai penyelesaian masalah kembali. Nanti Semua benda orang akan kata BUATAN ORANG, padahal demam je. Yelah, dalam cerita-cerita hantu ni, ustaz2 menjadi hero untuk menghalau hantu2. tapi yang peliknya, kemenyan yang dibuat berlakon tu macam nak panggang ayam dah asapnya. PERUBATAN ISLAM ADA GUNA KEMENYAN???? Macam pelik je.... Minggu lepas EXPOSE MISTIK di Astro menayangkan tentang sorang ni tengah berubat ngan Ustaz Sharhan. Benda ilmiah begini sepatutnya ditayangkan . ala.. susah2 tengok je kupasan Al kuliyyah TV3 yang banyak juga membincangkan pasal rasuk2 ni. So, sebagai penoton bijak memilih atau at least kalau nak tengok juga banyakkan berfikir daripada taksub ngan cerita- cerita hantu....

Saturday, June 13, 2009

SELAMAT KE JINJANG PELAMIN





Alhamdulillah, akhirnya selamat juga Hadi Jocobo bernikah satu. Ehemmm, bak kata dia, ada 3 lagi. Dia bilang, Genetik daripada arwah atuk nikah 2. (kawin banyak pun ada genetik ka? Kompius).

Ahad, Mei 24/05/09- Rabu, Mei 27/05/09
Perjalanan minggu lepas ke Kedah memang genting, x disangka2 abah sakit pula masuk wad sebab apendiks. Ahad baru masuk wad, kami kalut sebab abah x pernah sakit kuat. Ntah ye kut atau kami xperasan selama ni abah sakit sebab doktor kata luka nye dah lama sangat. Dalam kepala, kalau abah kena bedah, terpaksa la mak tinggal teman. Bila mak tinggal teman, ana pun kena tinggallah sebab ana kan anak derhaka yang x balik2 dekat setahun,hehehe. Ana pun kenalah jaga gak. Akhirnya, hari Rabu, doktor kata abah leh balik. Lega no ati kami, tapi petang masa pi jemput, darah abah x cukup plak. 2 kali abah dimasukkan darah, doktor x bagi plak abah balik tapi alhamdulillah doktor lagi sorang tu kata boleh abah balik tapi kena jaga makan n xbuat keja berat.ramai gak lawat abah, kawan2 masjid dia, sedara mara, besan abah semua datang. Lega abah da ada depan mata....

Jumaat, Mei 29/05/09
Akhirnya Rombongan Mak Jah ke Kedah berjalan lancar. Bertolak jam 9 pg n sampai ke kedah lebih kurang kul 5 di Hentian Rehat Gurun, tunggu Hadi Jocobo dari Penang. Kami tinggal di Rumah Persinggahan penjara Alor Setar sebab Hadi Jocobo insp. Penjara kat parol penang dptla tggl percuma. Kul 8.30 sampai kami kat masjid baru kat Kg Kangkung. Kompius gak masjidnye besaq no, tepi laut tapi x berbela la masjid ni. Pengantin pompuan lum sampai lg masa tu. 20 minit kemudian, K.suryia pun sampai ngan keluarga dia. Bagus kat Kedah ni, kami ni punyalah kalut kira banyak kali duit mas kahwin RM 2024 ngan baki duit hantaran lagi RM500. simple betul, pak imam just bg ceramah ringkas, sekali lafaz, terus sah, dia pun blah. Xde pun dia tgk betui ka cukup duitnya, kutlah kami tipu...Ihhhh kalau kat Johor, ana tengok kakak n abng2 ana nikah, berpeluh sebab, dia sruh baca Al-fatihah, n apa2 lagi dekat setengah jam, lafaz keluarga sakinah lagi, dua2 pengantin kena baca, kalau nak lagi, ada lagi tu lafaz serah anak, panjang....

Selamat nikah , kami pi umah pompuan. Depa hidang kat kami lauk best. Yg paling best, kerabu serai tp ni makanan org Jitra, kata depa. Kul 12 malam baru sampai umah. Tapi, hehehe, abng 2 ana kata nak jln2 kat up town. Jadi, ana ikutlah abang2 ana pi ronda2 then pi makan warung mamak. Yg ibu2 semua pengsan da, ana jela ikut.(rasa jadi lelaki plak, ana sorang je pompuan,adik bongsukan...hehehe).

Sabtu, Mei 30/05/09
Pagi p carisarapan n cari bunga segar untuk sireh junjung. Redah je, mana2 jln. Tengah hari p da sana. Majlis kat umah Kak Suryia sederhana je tapi meriah.hantaran dibawa pada waktu ni. Sape yg buat hantran? Analah ngan akak ipar tp bnyknye kakak ipar sebab ana kena jahit tabir utnuk pelamin n blk pengntn. .Ramai kopiah putih yang hadir kat umah Kak Suryia, alhamdulillah,hehehe. Ana jln2 dulu lepas majlis. Mak abah sume balik pasal sok ada angkat balai kat umah. Esoknya sebelum balik sempat lagi p ekspo usahawan utk tmbh
ilmu, then , mana lagi masuk pulau, p pekena pasemboq, kerang rebus n sotong kangkung, erkkk, alhmdulillah, xmakan pun nasik.


Khamis, Jun 04/06/09
Bermulanya hari kalut kat umah ni. Sabtu dah majlis. Pagi ni kena p pasar beli segala lauk untuk masak lauk pengantin. Chefnya, ana la sendiri. Menu

Daging kurma
Udang panjat
Telur puyuh + crab ball cucuk
Ikan kerapu sweet sour
Sotong sumbat
Air oren pudina
Ayam panggang
Sayur chap chai
Puding
Rendang
Begedil daging n sos HPA
Pulut kuning (ari jd kakak ipaq baru)
Tempe goreng rempah

Orang kampung da mula dtg rebus telur. Dah la demam,uhukuhuk, xpat lelap mata sekejap pun siapkan telur masuk dalam bnga telur1000 lebih campur telur masin untuk pohor pengantin. Tambah lagi 200 telur pindang plak.

Jumaat, Jun 05/06/09
Hari ni hari lagi kalut, adik beradik x sampai pun lg. Anak sedara tiba2 plak kena demam panas n ditahan wad. Ilang da 2 kakitangan nak nolong,kakak n abg ipaq . Nak buat pelamin kena ana buat jgak. Xde sape nak alihkan ghobok, ala orang pggl almari la. Pagi cibuk bungkus telur lagi n buat telur pindang pasal pengantin merajuk nak juga suruh buat telur pindang. Telur pindang ni boleh dapat kat Johor je. Petang baru start nak kena beli brg lg. Ape2 pun buat kje biar de perancangan . penat macam nak patah pinggang da la kena buat sorang2, x patut2. sampai siap buat sorang2. kak ipaq tlg ckt2 je.dia mengandung, so xnak suroh pape kat dia. Ni pelamin ciptaan ana, pelamin anganku musnah. Pasal idea nak buat grand lagi tp umah rendah, abang ana tinggi sangat, songkok je da cecah ceiling, camna nak buat, terpaksalah buat simple je,itupun sampi 1.30 pg. Meja makan n bilik pengntin sepupu ana buat, xlrt da ana.Then sambung potong sayur utk lauk pengantin sok, 4.30 baru dapat baring,itupun tidur depan pelamin spya orang kejut bangun subuh.


NI LAH PELAMIN YANG SIMPLE TUE...




Sabtu, Jun 06/06/06
Tentatif majlis:

Khatam al quran n tahlil ringkas : 10.30pg
Majlis makan : 12.00 thghr
Perarakan rombongan pengantin : 2.30ptg
Perarakan pengantin bwah pedang : 2.45ptg
Tepung tawar :3.15ptg
Makan beradab : 3.30 ptg



Kul 6.00 pg start da siapkan makanan pengntin. Sedaya upaya menyiapkan segala bahan untuk lauk pengantin. Kul 10pg ana kna khatam alquran ngn anak buah. Orang kg semua cibuk masak lauk untuk nasik putih. Mak ana memang nak macam2. padahal nasi minyak dah cathering da. Lauk2 permintaan mak ana

Nasi minyak
Daging kurma
Ayam panggang
Dalca
Pencuk
Nasi putih
sayur nangka
papedam
urap @ nama lain kerabu tapi ni versi jawa
udang sambal
tempe goreng rempah n ikan kering
acar taun
pencuci mulut , buah limau n bubur pulut itam n jeruk campur

SAJE JE TULIS NAK LECURKAN LIDAH KORANG YG BACE,MMMUAHAHAHA...

kul 12 tghhari x ciap lagi msak lauk pengantin. Org kg da mula beransur balik jap sebb nak jengah lg 1 majls kat kg juga kerja kawin. Kalut masa 2. tukaq baju yg pakai msa khatam td then terus masak(SAMBIL NANGIS2). Semua da cbuk nak layan tetamu. Lauk pengantin x ciap lg, abg2 sume da cbuk tempat masing2, da nangis baru la mak2 sedara ana dtg masuk tlg ana, lega no walaupun sampai je pengantin kat pintu gerbang utnuk istiadat Perarakan bawah pedang semua settle. Pakailah ana majlis perkahwinan tersebut baju masak td. Sekrang layan kuarga pengantin pompuan lak. Lantaklah, ada bau masakan pun, aroma jga kan.

Opssss, lupa plak, buat sahabat ana, Fahmey,mmmmmm, minta maaf bnyk2 ye. Xterlayan. Kesian, sampi nak jmpa kena cari ana kat dapur, pape pun trima kasih dtgye,x sempat brbual,suruh dtg malam tlg kat cni, segan. Xpe la. lepas majlis rasa macam nak patah kaki. Urat kaki tegang banget. Kul 6 ptg start da kemas pinggan yg da basuh td, xbleh thn lepas je solat, selamat......







PENUTUP
itulah serba sedikt perjalanan sebuah majlis perkahwinan , yg penting kerjasama n tolak ansur serta lapang dada. Kesimpulannya, CATHERING JE SEMUA XYAH SUSAH2, tp dah kebiasaaan keluarga kitorang dari pelamin sampai ke lauk semua buat sendiri. Lepas tu baru ana tau, patutlah selama ni majlis abng n kakak ana xrasa pun penat, pasal nye, kakak pertama kawin ana baby comel lagi, masa abang pertama kawin, ana kecik lg sekolah rendah, apa tau, kakak kedua kawin ana kat PLKN , abng seterusny kawin ana kat matrik, Cuma balik untuk makan je,hehehe, then yg sekrang ni, ana la kena buat. Patutla bila mjls mak sampi pitam sebab penat. Sekrang kongsi sama2 penatny.Buatlah keja dengan tenang, untuk menikmati nikmatnya bekerja. BUAT SEMUA ADIK BERADIK ,KAKAK2 IPAQ, ANAK2 BUAH N SEDARE MARE SERTA JIRAN TETANGGA TAHNIAH N TRIMA KASIH COZ MENJAYAKAN MAJLIS RESEPSI INI!!!!, Wasalam, sekarang ana da boleh pikir pasal kehidupan ana plak, apa perancgannya nye ek?OOOOO nak jd mak andam ke nak jadi petani, pening2....