Monday, March 30, 2009

BERITA HAIRAN BERKATA.....

Guru tidak sesuai berpolitik
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
Pendidik perlu bersikap neutral, elak pegawai kerajaan lain tuntut hak sama

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membenarkan guru Kumpulan A bergiat aktif dalam politik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Beliau menegaskan, sesetengah guru mungkin taksub dengan parti yang disokong sehingga wujud sikap berpuak, sekali gus menjejaskan pelajar.



"Pada asasnya, guru dan pegawai tinggi kerajaan tidak dibenarkan menyertai politik dan mereka perlu bersikap neutral.

"Jika guru dibenarkan berpolitik, pegawai kerajaan dari kumpulan lain juga pasti akan menuntut hak yang sama," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Ismail mengulas cadangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, supaya golongan pendidik, terutama guru Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno Sabtu lalu, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kepakaran golongan itu dapat digembleng dan dimanfaatkan bagi memantapkan lagi Umno.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 P U (A) 246, pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Pegawai kerajaan dari Kumpulan A atau Pengurusan juga tidak boleh mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti berkempen, sama ada pada waktu pejabat mahupun di luar waktu pejabat kerana dikhuatiri boleh menyeleweng daripada tugasnya.

Bagaimanapun, kakitangan Kumpulan Sokongan dibenarkan bergerak aktif dalam politik dengan syarat mendapat kelulusan ketua jabatan yang harus menilai semua faktor sebelum memberi kelulusan.

Ismail berkata, cadangan itu jika masih hendak dilaksanakan mesti diperhalusi secara mendalam.

"Kita mungkin perlu ada kaedah atau syarat tertentu yang difikirkan sesuai jika cadangan ini mahu dilaksanakan," katanya.

Ismail berkata, buat masa ini larangan itu masih kekal dan wajib dipatuhi pegawai kerajaan termasuk guru.

HEHE, BUKAN CIKGU KE RAMAI " BERKATA- KATA" BERAPI MACAM GUNUNG BERAPI

Tuesday, March 24, 2009

HARAKAH DAN SIASAH, "DI MANA TEMPATNYA?"

PUTRAJAYA 23 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.
Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, tindakan itu diambil kerana dua akhbar pembangkang itu didapati menyiarkan artikel-artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat.
Difahamkan, surat penggantungan Harakah dialamatkan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar manakala surat untuk Suara Keadilan ditujukan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.
“KDN mendapati Harakah dan Suara Keadilan banyak mengeluarkan artikel-artikel menyentuh perkara-perkara yang memutarbelitkan fakta, menghasut, mengandungi tuduhan liar dan tidak berasas,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia petang ini.
Upppsss....

Salam buat semua
Hmmmm, sebagai rakyat, fikir sebaiknya.... bukan minda anda luas- luas . sekarang, kita fikir di luar kotak fikiran kita. Ini sekadar pendapat saya. Mungkin kerajaan x sempat nak sekat kut akhbar2 ini menggegarkan Malaysia... yelah 3 bukit kan nak bertanding, nak peralihan kuasa lagi, konflik jatuh menjatuh antara mereka lagi,hehhehe, setuju???/

Tidak perlu risau, bak kata TPM,NAJIB rakyat memilih pemimpin dengan hati nurani mereka, oleh yang demikian, x perlu la kan ”hadiah-hadiah” sampingan dalam menarik hati rakyat?hehehe

-Mini bajet telah diisytihar yang bunyinya x mini pun bila nilainya tetap billion iaitu 60 billion
-subsidi yang disebut- sebut pada tahun ini iaitu 27 juta,mmmmm dalam bajet mini. Tahun lepas sudah 45 billion, wahhhh Malaysiaku kayaaaaaaaa... sudah rasa nikmat kaya sebagai rakyat,fikir2kan, pilihan di tangan and. Pilih pemimpin anda.PEACE ISLAM....