pauTAN sAKti

Thursday, August 20, 2009

Hari Penternak, Petani dan peladang Peringkat Kebangsaan (HPPNK) peringkat kebangsaan 2009


PAMERAN DI HPPNK

Hari Penternak, Petani dan peladang Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2009 pada tahun ini telah diadakan di Mitc Ayer Keroh, Melaka. Bermula dari 10 Ogos dan berakhir pada 16 Ogos yang lepas, pelbagai program diadakan seperti demonstrasi masakan, ceramah, gerai- gerai pameran dan gerai- gerai jualan dan lain- lain memenuhi dalam serta sekitar Mitc Ayer Keroh, Melaka.

Tertarik dengan prinsip- prinsip yang digunakan oleh penerima anugerah Peladang Jaya Lelaki 2009, Jamil Saimon, 45, dari Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, “Untuk berjaya saya berpegang pada tiga prinsip dalam perniagaan iaitu jangan menyusahkan orang, jangan boros dan jangan kedekut. Beliau merupakan pengusaha tanaman kelapa sawit, keladi putih, pisang dan lengkuas yang turut menceburi ternakan lembu dan ikan.
Melihat peluang yang besar dalam bidang itu, bapa enam orang anak itu berkata, dia mula mengembangkan sayap perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan lori, jentera, traktor, bot, alatan ladang dan pemprosesan kulit lembu.Menurutnya, hasil penat lelah selama ini berbaloi apabila dia kini menikmati pendapatan bersih kira-kira RM52,000 sebulan.

Peniaga- peniaga kecil juga tidak kurang hebatnya mempromosikan produk masing- masing. daripada ubat tradisional membawa kepada jeruk peniaga, produk tenusu, dan macam-macam lagi menghangatkan suasana di sana walaupun selsema babi semakin kritikal sekarang ini.

Sepanjang menjelajah Mitc, banyak sangat ilmu yang perolehi. Cuma untuk diri sahaja sama ada hendak mengambil atau sekadar tengok- tengok. Peluang ada di depan mata….

No comments: