Sunday, August 23, 2009

rAmAdHAn kU...

Alhamdulillah, sudah hampir dua hari kita berpuasa. Ramadhan tahun ini dapatlah diri untuk berpuasa di kampung halaman. Seronok rasanya bila dapat merasai kembali suasana berpuasa di kampung halaman. Tapi, yang tak seronoknya, buka lambat,huhuhu. Kalau kat Sabah sebelum 6.30 petang dah buka. Kan seronok,hehehe. Tapi, paling best, tiap- tiap hari ada menu special daripada mak. Hari ni bubur lambuk... Sedapnya

Suasana solat terawikh pun seronok. Dulu masa kecik-kecik, abah akan bawak kami sekeluarga rotate masjid- masjid dan surau- surau kat sekitar Muar ni, tapi sejak ana sekolah menengah sampai la ni, abah pencen je terus terikat dengan jadi imam masjid dan guru takmir sepenuh masa. Jadi, kalau tak pegi surau Sungai Raya, ana ikutlah abah gi Masjid Bukit Pasir...berbuka pun ana buka ngan mak n kakak je. Abah buka kat masjid. nak buat macam mana.. seronoknya sekarang, ana dapat jumpa balik orang- orang kampung, makcik- makcik kat sini. Tapi kat mana- mana pun mesti orang tua yang banyak. Agaknya kan orang selalu kata, RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI, tu agaknya orang tua je kut nak kumpul pahala banyak- banyak, tapi orang muda kat mana ek?sibuk kut...

Moga ramadhan tahun ini adalah ramadhan terbaik untuk kita. Tak tau lagi nyawa kita ntah sampai mana hidup. Dengan selsema babi. Sepupu ana sekarang ni nazak dah sebab H1N1 ni la. Dia asthma teruk , pengsan terus keluarga dia hantar p hospital tak lama terus disahkan H1N1 . kata doktor dia sekarang dah sedar tapi buah pinggang dah mula tak berfungsi, paru- paru berair. Doktor kata tunggu je la. Kalau hidup dan selamat, alhamdulillah. Kita ni, tak tau lagi macam mana kan. Masa p Mitc Melaka pun takut gak ari tu. Orang ramai betul. Sekarang pun p mana- mana pakai topeng. Apa-apa pun, mencegah lebih baik dari merawat.


Buat diri dan semua, jom lah buat rawatan facial untuk iman kita. Entah dah mula berkarat tu, jangan lupa tepek-tepekkanlah amal kebajikan moga- moga dalamannya dapat dijaga dengan rapi. PAS FOR ALL, SALAM RAMADHAN, wasalam....

No comments: