ihsan gambar daripada HADIJOCOBO
Bagai katak
Di bawah mangkuk kaca
Indah di dalam
Bagaimanakah di luar
Bagai katak
Di bawah mangkuk kaca
Gembira sentiasa
Seronokkah sebenar rasa
Bagai katak
Di bawah mangkuk kaca
Seperti tahu
Betulkah tahu
Bagai katak
Di bawah mangkuk kaca
Sudah tahu
Tetapi tidak mahu
Ibarat katak
Di bawah mangkuk kaca
Bukan tidak tahu dunia ini macam mana
Seribu alasan dicipta
Bagai dunia tiada berbeza
Ibarat katak
Di bawah mangkuk kaca
Bukan lagi di zaman tempurung
Hidup serba tahu
Tetapi sebagaimana tahu tetapi tidak mahu
Jangan jadi si katak
Di bawah mangkuk kaca
Bathil disayang-sayang
Hak ditinggal-tinggal
Buang emak buang saudara
Kerana nafsu hamba turutkan...
JADILAH SI KATAK BIASA
SEMAKIN BERUSIA SEMAKIN DEWASA
SENTIASA MENEROKA DAN TERUS MENCUBA
So, jadi je orang.... kuikuikui
Apa yang nak disampaikan:
- jangan jadi katak
- jadilah orang
- sebenarnya, ibarat katak bawah mangkuk kaca,dunia serba canggih, tv ada,internet ada,telefon ada, tetapi sama je macam duduk dalam tempurung, Cuma advance je sikit, boleh tau sampai dunia luar. Tetapi tetap di takuk lama. yelah, dah duduk dalam zon selesa. Takut betul nak berubah.
- Jadilah macam katak biasa SENTIASA MENEROKA DAN TERUS MENCUBA- buat diri si mentibangsakti...
No comments:
Post a Comment