Sunday, November 15, 2009

DIA DI HATIKU...




Salam penuh barakah...

Lama sungguh x menulis sebab jadi penduduk mastautin hampir sebulan di Hospital Selayang di Anjung Kasih (rumah untuk keluarga yang ada pesakit yang dirawat di sini) sebab teman mak jaga abah kerana pembedahan ketumbuhan usus kecil yang didiagnosis awal adalah ulser perut. Ya Allah,Ya Rahman, Ya Rahim, berikanlah nikmat sihat dan umur yang berkat kepada kedua-dua ibu bapaku, amien . Alhamdulillah, setakat ni abah sudah boleh bergerak buat kerja2 ringan. Tetapi, hati masih gusar.

Bila hidup kat Hospital ni, banyak sangat yang ana belajar daripada kehidupan ini.
Di sini ana jumpa macam2 kehidupan. Abah dihantar ke bahagian pakar Hepatobiliari (hati) kerana kedudukan usus kecil berdekatan organ2 penting seperti hati dan pankreas. Jadi, keliling kebanyakannya orang- orang yang sakit kronik hati. Ana jumpa kawan baik baru namanya Aiman. seronok berbual dengannya. Lagipun hobi sama, kartun... hehehe, Aiman budak kecil la umo 5 tahun. sekarang adik Aiman menderita komplikasi hati selepas pembedahan umo 2 tahun dulu sebab hati yang diderma tak sesuai untuk dirinya. bila naik wad ambik baju kotor mak n anta makanan pastinya ana akan singgah untuk bagi laptop ana kat dia sebab dia nak tgk kartun. hai... bila tgk budak ni, macam tak sakit kerana sifatnya yang macam orang normal. kuat semangat budak ni. rileks je. sebelum balik ari tu sempat ana bagi dia cd geng upinipin original.

Yang sama2 dengan ana duduk kat Anjung Kasih plak yang ana gelar dia mkcik je sebab tak tanya pun nama dia pulang masa ayah dimasukkan High Dependency Ward (HDW)lepas bedah kerana suaminya selamat menghembuskan nafas terakhir pada pagi tu. masa tu hati ana benar2 risau kat abah sebab kami teman anta kul 6.30 pagi ke bilik bedah dan kul 6.15ptg baru keluar daripada bilik bedah. Risau sgt sebab doktor da bagitau pembedahan ni rumit. lega sgt bila abah keluar dari bilik bedah dengan mata yang dah celik tak masuk icu.

Bila dihantar ke wad semula, macam2 lagi yang ana dapat blaja. depan katil abah baru je menghembuskan nafas terakhir dalam tidur sebab anak dia yang jaga n tunggu di sebelah pun tak perasan ayah dia dah meninggal. bersebelah dengan abah tinggal tunggu hari je untuk dijemput ke alam lain sebab dah koma dah pun. pakcik yang bertentang dengan abah pula nazak dah masa lepas bedah tapi Allah bagi nikmat umur lagi dan kembali sihat selepas anak2 dah bacakan yasin di telinganya. 2 orang pesakit lagi sorang hati n sorang ulser perut doktor kata dah xsanggup nak buat kerana risiko nyawa. yang lelaki bujang tu kesian sangat sebab hati dia dah rosak sampai tak boleh da bangun. Selalu mengerang. ada juga kat situ kanser otak. baru je boleh jalan sikit2. ada gak yang kemalangan hati remuk. aduh, macam2 sakit kat dunia ni.

Bila ana lihat muka abah, rasa sayu sangat n bersyukur sangat, Allah bagi nikmat gembira padanya. walaupun masa baru masuk wad sebelum bedah abah nampak down sangat. Baca quran pun tanya abah, abah kata tak pe la, macam tak de mood katanya. sembahyang pun darurat sahaja sebab sentiasa cirit birit darah n pitam sentiasa. Susah rasa. bila malam sebelum abah dibedah, abah pesan mintak bacakan yasin n as- sajadah kerana dia dah tk larat nak baca walaupun itu adalah surah2 hafalannya. sedih, bila baca mesti air mata tak berhenti la.


Bila sekarang ni, apa yang ana dapat belajar, walupun kita sihat macam mana pun, bila Allah kata tiba masanya untuk kita kembali padaNya, xde dah, stop, stop dulu. Nak mintak 5 minit lagi hidup. tak dapat......

Bila Allah kurangkan nikmat di sini, Allah lebihkan nikmat kat tempat lain plak.Paling penting redha dengan segala ketentuanNya kerana pasti ada balasannya kelak di akhirat jua.


moga ia menjadi iktibar untuk kita semua....AKAN KUPASTIKAN DIRIKU TIDAK ALFA DENGAN DUNIA YANG FANA NI. SOKMO PAS DI HATI, MOGA DIMUDAHKAN URUSAN DARIPADA CERCAAN PIHAK KERAJAAN, AMIEN. YA RAHMAN, YA AZIZ YA MUTAKKABBIR, MUDAHKAN URUSAN GOLONGAN2 YANG MEMBANGUNKAN ISLAM, RAHMATILAH KAMI, MUDAHKANLAH URUSAN KAMI, AMIEN....

No comments: