Sunday, August 30, 2009

Kematian pasti tiba...




Kullunafsinzaaikatulmaut


Semalam 10 Ramadhan bersamaan 30 0gos, lebih kurang pukul 6 lebih pagi, sepupu ana yang lebih kami kenali sebagai Kak Ana yang mempuyai lima orang anak yang masih kecil telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dan selamat dikebumikan petang di Skudai , Johor. Kak Ana telah menjadi mangsa korban ke 72 bagi penyakit Influenza A H1N1 yang punca kematian adalah asthma. Minggu lepas leher ditebuk untuk pernafasan dan telah pun sedar setelah koma selama beberapa hari.

Kali terakhir kami berjumpa dan berbual adalah masa majlis kahwin abang bulan 6 ari tu sebab dia la yang tolong ana hias makanan pengantin. Lama betul ana tak jumpa sebab lama x balik raya. Balik cuti pun tak berkesempatan meronda sanak saudara. Kita tak terjangka kadang- kadang ajal yang ditentukan Tuhan. Adakalanya ditarik pada umur yang tua, kadang- kadang ditarik pada umur yang sangat muda. Terserah pada kita untuk bersedia atau tidak. Kadang-kadang didatangkan dengan penyakit yang sangat lama, kadang-kadang mengejut sampai x terjangka dek akal. Moga rohnya dirahmati Allah dan Al- fatihah buatnya, amien

Innalillahiwainnailaihiraji’unnnnn....

No comments: