pauTAN sAKti

Tuesday, October 7, 2008

BERSEDIAKAH AKU???


SETIAP YANG BERSYAWA PASTI MENEMUI MATI....

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
AL-IMRAN:185


Setiap yang bernyawa pasti menemui mati. bila masanya, tidak pasti lagi. samalah seperti rezeki, qada dan qadar, jodoh, dan banyak lagi telah ditetapkan oleh Allah dan ia adalah pasti.

Sudah bersedia untuk mati, pasti kita menjawab tidak. semasa adikku siti Aisyah Bakri dikatakan stabil akibat kemalangan jalan raya,petang itu ku bergegas ke KK dari Papar yang aku tidak sangka kuambil masa yang singkat untuk sampai ke KK. Walaupun pada awalnya ku ke AIRPORT KK untuk mengambil adikku yang lain pulang beraya, namun ditakdirkan untuk aku segera ke hospital dahulu.Ditanya siapa dikelilingnya. Aku tahu adikku sedang berhadapan ajalnya. Ayatnya yang pasti aku tidak akan lupa,"MASIH BOLEH KA NI?". Apa yang mampu kubisikkan di telinganya, aisyah kuatkan, aisyah boleh. Namun, takdir menetapkan dia pergi dahulu meninggalkan semua. Namun, dia telah selamat menjelajah ke perjalanan seterusnya. aku, masih menanti lagi. stesen kematian pun belum lagi kujejaki. Bersedia dengan beg amalan yang besar atau sekadar beg plastik, takdir Allah itu pasti .



Moga roh adikku Siti Aisyah bt Bakri sentiasa mendapati rahmat di sisi Allah.
YA ALLAH, YA RAHMAN ,YA RAHIM, YA AZIZ, YA AZIM, ANDAI KAMI MELANGKAH PERGI DAHULU SEBELUM BONDA DAN AYAHANDA KAMI, SIRAMILAH ROH MEREKA NANTI DENGAN RAHMATMU YANG RAHIM. RAHMATILAH PEJUANG- PEJUANG ISLAM DI DUNIA INI.TABAHKAN MEREKA DENGAN SEGALA MEHNAH YANG TELAH DITETAPKAN DARIMU, AMPUNILAH KAMI, RAHMATILAH KAMI

No comments: