pauTAN sAKti

Thursday, September 18, 2008

BUSANA MUSLIMAH PUN KENA KONTEMPORARI????





Fesyen merupakan satu topik yang sangat secocok dan berpadanan dengan kaum Hawa. Dari kanak- kanak hingga dewasa, pelbagai variasi trend diperkenalkan. Fesyen islamik, latin, musim panas, musim sejuk, tropika dan banyak lagi trend- trend terkini tersenarai di butik- butik seluruh dunia. Gaya muslimah, sporty, funky, feminine, elegant dan banyak lagi turut dititikberatkan untuk memenuhi permintaan- permintaan wanita global kini.

Memang hangat dengan pelbagai corak dan gaya, sekiranya wanita tidak tahu tentang fesyen boleh dikategorikan kolot, perempuan kampung dan jumut. Setuju? Sabar, tidak perlu menghukum dunia dengan luarannya. Bak kata pepatah Barat yang boleh diambil,”don’t judge a book by its cover”.

IFF (ISLAMIK FASHION FESTIVAL)2008, Kuala Lumpur- Jakarta- Dubai,

IFF merupakan satu festival fesyen muslimah yang dianjurkan bagi memenuhi permintaan fesyen terkini. Dihimpunkan pereka – pereka fesyen, dari tiga negara berbeza dalam mencernakan idea berbusana indah. Bermula daripada pereka- pereka muda sehinggalah super senior, di antaranya Biyan, Sebastian Gunawan, Itang Yunasz, Musa Widiatmo, Syahreza Muslim, Fara & Claudia, Meeta Fauzan, dan masih banyak lagi. Sementara itu Malaysia akan diwakili oleh Dato Tom Abang Saufi, Datin Syarifah Kirana, Iszal, Calvin Thoo, dan Aktif Bestasi
dalam melahirkan variasi idea busana muslimah yang anggun lagi elegant. Datuk Reza, ketua IFF mengatakan fesyen muslimah ini ditujukan daripada busana muslim yang berselendang dan masih kelihatan rambutnya, hingga yang tertutup maksimal .BETULKAH INI FESYEN MUSLIMAH?

Konsep Pakaian Muslimah
Apa konsep sebenar berpakaian dalam islam? Islam mentarbiah penganutnya daripada segala sudut termasuklah dalam etika cara berpakaian. Semua sudah pasti tahu islam menekankan konsep aurat sebagai kayu ukur dalam etika berpakaian. Batasan aurat lelaki dan perempuan telah digariskan dengan lengkap dengan rasullulah s.a.w sebagai penyampainya. Dijuruskan kepada wanita khasnya, batas aurat seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan kepada antonim jantina menjadi panduan dalam etika berpakaian. Namun, bagaimana halnya terhadap fesyen muslimah yang diagungkan kini oleh pereka- pereka fesyen? Tahap manakah pemahaman pereka- pereka fesyen dengan islam sebenarnya?
Tazkirah pagi Bicara Mufti tv1 daripada Dato’ Noh Gadut, mufti negeri Johor menyarankan dan menekankan supaya tukang- tukang jahit meletakkan iman dan taqwa paling utama sebelum menjahit pakaian. Kenapa? Kita akan berbicara.

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Al- a’raf: 26)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(An-nur:31)

Kita telah disekularkan walaupun pada berpakaian. Teringat saya pada suatu slot fesyen di televisyen, seorang pereka fesyen bukan islam , beliau menerangkan ciri-ciri sebenar pakaian muslimah
1. tidak ketat
2. tidak jarang
3. menutup aurat

Pereka fesyen tersebut mematuhi peraturan tersebut. Bagaimana pereka- pereka yang memang islam? Saya ada membuka bicara tukang jahit meletakkan iman dan taqwa paling atas untuk supaya dia faham dan mengerti pemahaman aurat dan saham dosa bagi si pemakai turut diperolehi pembuatnya sekiranya ciri- ciri baju yang dijahit tidak menutup aurat. Bagaimana pereka fesyen sekarang? Letakkan islam dihadapan untuk selamat dunia dan akhirat. Peringatan Untuk diri yang meminati bidang fesyen.


SALAM MUJAHADAH, SALAM MENGUTIP PAHALA DI SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADHAN....

SUMBER:
Kompas.com
tv1

No comments: