pauTAN sAKti

Thursday, January 1, 2009

tahun baru vs palestin...

ASSALAAMMUALAIKUM


Setelah sekian lamanya anak x berkesempatan buka blog. xsmpat la p CC. Insyaallah, ada duit masyuk nanti nak pasang broadband. hari ini tahun masihi telah berganjak setahun lagi.Tahun hijrah juga mengalami anjakan masa melangkah ke 1430H. Tahun telah berganjak, kita bagaimana?Setiap tahun budaya kita tetap tidak berubah. Sambutemerdekaan dengan hiburan yang melalaikan.Terkinja-kinja sana sini. Di Sabah biasanya pantai menjadi medan utama malam tahun baru dengan budaya "mandi membuang sial". tertanya juga, buang sial atau bertambah sial dengan ramai yang tumpang cuci mata.

Palestin dibuli lagi.Ana ambil petikan daripada berita harian sambutan tahu baru tahun ini:

SYDNEY: Masyarakat Asia memulakan sambutan 2009 dengan 1.5 juta orang dijangka mengambil bahagian dalam pesta bunga api di Sydney, tempat pertama ketibaan Tahun Baru, tetapi tidak disambut di kebanyakan negara Arab yang memprotes kekejaman Israel di Gaza.

Sambutan di India juga dilaporkan kurang meriah kerana serangan di Mumbai, November 2008 menyebabkan 172 terbunuh dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan.

Keadaan juga sama di Pakistan dengan kebanyakan hotel di Karachi tidak merancang sambutan besar, walaupun ramai warga kota dijangka berkumpul di tepi pantai.



Selain isu keganasan, masalah kewangan dunia juga faktor kedua menjejaskan sambutan Tahun Baru. Di Tokyo, misalnya, pekerja yang diberhentikan akan berkhemah di Taman Hibiya, manakala aktivis antikemiskinan mengedarkan makanan kepada penduduk memerlukan.

Di Hong Kong, pasar raya Times Square sudah merancang pesta besar, manakala di Korea Selatan, polis berkawal selepas ada laman web menggesa bantahan antikerajaan diadakan di tengah Seoul. Kemeriahan sambutan Tahun Baru dilaporkan di Singapura, Filipina dan China.

Keadaan berbeza di negara Arab. Di Mesir, konsert penyanyinya, Mohamed Mounir ditangguhkan hingga lewat Januari selepas penyanyi itu menyatakan kesedihannya terhadap apa yang berlaku di Gaza.



Di Malaysia,orang islam sendiri pu terkinja-kinja di pentas muzik tanpa perasaan. ingat,sehingga lewat kelmarin, pergerakan bersenjata Hamas berjaya melancarkan lima serangan roket sehingga ke pekan Beersheva yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan Gaza.rasanya nak je bagi cadangan pada palestin minta je tolong Iran lancarkan bom nuklear. kalau ikut perasaanlah. tapi jangka panjangnya, merana la orang palestin sekali kena bahan api. 20 tahun x tentu lagi pulih. berdoa sesama moga2 mujahid2 rakyat Palestin dimudahkan urusan mereka, amin .

No comments: