pauTAN sAKti

Friday, October 17, 2008

Perkongsian bersama rayaku


KOLam ikan best


kolam dia memang cam kat taman rekreasi


Besar ikan dia...

Rayaku pada tahun ini sama seperti tahun- tahun lepas, raya di perantauan. Bukan tak mahu balik, tetapi malas balik. Heh, bila lagi nak raya dengan sahabat- sahabat, ye dok? Bagaimana menjaga hati keluarga di kampung tak balik tanpa alasan kukuh? Senang sahaja. Jangan lupakan teknologi, ala... macam iklan TM, ’TELEFON PUN TAK KE?’. Sekarang mudah, dengan teknologi 3G, YM ada, untuk saya, saya lebih menggunakan mms, sms dan telefon. Bajetkan secukupnya untuk telefon dan mohon maaf pada semua ahli keluarga. Saya dan adik- beradik sering berbalas mms yang sedikit sebanyak mengubat rindu tak balik kampung. Masing2 kami hantar gambar raya pertama ngan keluarga masing- masing. Settle kan?

Sambil menyelam minum sirap

Raya pada kali ini konvoi muslimat 3 buah kereta. Seronok juga sebab tahun- tahun lepas raya ngan motor dan tahun lepas aku terpaksa raya di ladang menyiapkan kajian tesis. Sedih juga, petang raya dah pegang cangkul...

Raya kali ini amat bermakna buat diriku kerana diri telah bertemu mentor untuk projek lepas belajar. Konsep yang beliau bawa untuk ternakan ikan kolamnya benar- benar menarik minat aku untuk meneruskan impian aku habis U nanti. Proposer telah kuhantar kepada abangku selaku pengutuk aka pengkritik tetap selama ini. Dialah pemberi semangat selama down, dulu. Sekarang, biarkan masa berlalu untuk kita mengamati pengalaman, betul tak? Setakat ini saya telah bertemu tiga orang mentor untuk merealisasikan impian . Buat masa sekarang, sokongan padu keluarga sahaja kuharapkan. Bagaimana raya anda? Ini raya saya...bestnyer.... redha kupohon, ampun kuharap...



SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN!!!!

No comments: