pauTAN sAKti

Tuesday, April 14, 2009

PENGALAMAN ERTI HIDUP





pengalaman memang menjadi salah satu guru kita dalam kehidupan. ada yang gembira, sedih dan duka. Pengalaman menjadi guru selama 2 bulan mengajar diri ini erti kesabaran. Cara berkomunikasi terhadap semua peringkat umur turut diperolehi. Bukan sedikit tetapi sangat banyak. Dari kelas pandai hinggalah ke kelas yang paling akhir , macam- macam pengalaman diperolehi. Rindu pula dengan anak- anak murid. Kubuat satu slot muhasabah untukku dengan tajuk “perbaiki akhlakku”. Macam- macam komen diperolehi. Ada yang kata “Ustazah x marah pun dia nakal dalam kelas…” ada kaedah ana sendiri bagaimana berhadapan dengan budak nakal. Ohh, lupa beritahu ana jadi ustazah di sini…. Kalau nakal kita makin marah, lagi mereka memberontak. Positifkan sahaja fikiran mereka. Kalau mereka nak bercakap beri mereka cakap, tetap di luar. Kalau nak gaduh boleh tetapi gaduh di hadapan guru disiplin, senagkan kan…. Kadang- kadang kita boleh memberi ganjaran apabila mereka dapat jawab soalan misalya tetapi tidak boleh terlalu memanjakan lain pula jadinya. Kelebihan yang ada pada diri ana satu je, tunggang motor. Ni lah cara ana nak rapat dengan budak kelas hujung yang nakal. Mereka sebenarnya baik Cuma kurang dengar kata. Topik kami biasanya , “best ke bawak motor, harga berapa, belaja bawak motor katne… ala, budak kan….” Tapi ini yang buat kami rapat.

Kekurangan ana memang suka gelak. Biasanya budak nakal memang suka buat lawak. Ana cuba garang. Suara ana memang kuat sebatu jauhnya boleh dengar. Tapi, kadang- kadang kita patut berjenaka dengan mereka supaya mereka rasa diri mereka dihargai. Dakwah kita terhadap islam , mampukah diriku merubah jiwa anak bangsa???????