pauTAN sAKti

Tuesday, August 25, 2009

PaS FoR All



Allahuakbar 3X
Astaghfirulah ala’zim,alhamdulillah lailahaillallah, la haulawalakuwwataillabillahill a’liull a’zim...

Kemenangan masih berpihak kepada parti pembangkang. Tahniah kepada Salleh Man yang mewakili PAS yang telah berjaya mengekalkan kerusi Dun Permatang Pasir. Dengan kemenangan majoriti 4551 undi sekaligus menyangkal kata- kata TPM yang mengatakan UMNO telah berjaya menembusi kubu kuat parti pembangkang. Walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada pihak pembangkang, rakyat sudah mula beralih arah ke arah pakatan rakyat. Aura nya kini sudah mula gah di mata rakyat.

Dipetik daripada BERNAMA, Pada pilihan raya umum 2008, penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman menang dengan majoriti 5,433 undi mengalahkan calon BN Ahmad Sahar Shuib.

Antara faktornya ialah Permatang Pasir menjadi kubu kuat PAS selama tiga penggal dan kekuatan itu dikukuhkan lagi apabila Anggota Parlimen kawasan Permatang Pauh itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Permatang Pasir adalah salah satu DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh selain Penanti dan Seberang Jaya dan pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara calon PAS Mohd Salleh Man dan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman berikutan kematian penyandangnya Mohd Hamdan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata, faktor pengurangan majoriti PAS adalah disebabkan jumlah mereka yang keluar mengundi berkurangan kerana pengundian diadakan pada hari bekerja.

Katanya, faktor Anwar sememangnya membawa kemenangan kepada PAS dan pemimpin pembangkang itu terus mendapat sokongan pelbagai kaum.

"Anwar dalam ceramahnya sering menjelaskan bahawa satu undi untuk calon Pas adalah sama dengan satu undi kepadanya dan juga satu undi kepada kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang," kata beliau kepada Bernama di sini hari ini.

Sivamurugan berkata, kenyataan Anwar itu berjaya meraih undi dari semua kaum kerana rakyat di kawasan Permatang Pauh menyokong beliau.

Katanya, faktor calon kini tidak boleh diambil kira kerana walaupun Rohaizat telahpun membersihkan namanya dari segala tuduhan manakala Mohd Salleh pula tidak popular dan tidak pernah memenangi enam pilihan raya umum sejak 1986 sehingga pilihan raya umum 2008 namun kemenangan masih memihak kepada PAS.

Beliau mendakwa, satu lagi faktor penting yang menyumbang kekalahan calon BN ialah anggota parti komponen BN yang tidak mengundi atau menyokong BN sendiri.

Ketidaksetiaan anggota-anggota parti komponen BN itu terbukti apabila jumlah undi yang diperolehi adalah berkurangan daripada jumlah keanggotaan mereka.

Sivamurugan berkata terdapat sebanyak 5,600 anggota dari parti-parti komponen BN malah anggota Umno sendiri adalah sebanyak 5,400 tetapi BN hanya mendapat 5,067 undi sahaja.

Penulis terkenal Kassim Ahmad pula berkata, kekalahan Umno telah diduga kerana rakyat masih mahu memberi peluang kerajaan pakatan pembangkang untuk meneruskan agenda mereka.

"Walaupun jumlah majoriti PAS telah berkurangan tetapi ia tidak sampai 1,000 pun dan ini menunjukkan rakyat masih percayakan pakatan pembangkang dan menolak sistem dan dasar pemerintahan kerajaan sekarang," kata beliau.

Katanya, isu-isu seperti kes kematian Teoh Beng Hock, isu rasuah, integriti dan moral yang dibawa oleh pembangkang masih mempengaruhi pengundi.

"Terdapat juga rakyat yang mahukan kerajaan memperkenalkan sistem dua parti seperti yang diamalkan oleh negara-negara Eropah dan disebabkan itu mereka menyokong pembangkang supaya memberi tekanan kepada kerajaan BN," kata beliau.


Pas FOR ALL

No comments: