HANTU OH HANTU
budak- budak punye pikiran...
Assalamualaikum.... Bermusim nampaknya cerita- cerita hantu ye. Dari satu ke satu cerita di televisyen. Bermula dengan Saka, cerita- cerita hantu nampaknya semakin menjadi kegilaan penerbit- penerbit drama. Ianya telah berlarutan ke semua stesyen TV termasuk di Astro. Yelah sedangkan Korea boleh buat cerita- cerita hantu masuk Malaysia, takkan produser Malaysia x boleh kut. Bagaimana dengan penonton? Apa pendapat anda? Sekarang kita dirancakkan dengan Keliwon (TV3) , Jangan Pandang Belakang (TV2) , Ceplos (Tv9), e. Toyol.com (tv3), Ghost (ntv7) , Di Alam Lain (Astro). Filem juga dipengaruhi kuat dengan cerita- cerita seram dan yang paling baru Skrip7707 dan Jangan pandang Belakang Congkak walaupun ia cerita komedi tetapi cerita tu semua tahyul da. Ana memang peminat cerita- cerita hantu tapi bayangkan sekiranya kanak- kanak yang melihatnya.teringat satu cerita keliwon pasal MINYAK DAGU. Naik juga bulu roma ana sebab dia potong2 mayat. Memangla ada tulis PG18, tapi da tayang kat tv sudah pastinya segala umur akan menontonnya.perasan x secara x langsung ia telah memporak-perandakan iman kita dalam menyakini akan adanya perkara- perkara ghaib tapi telah bertukar menjadi PERCAYA KEPADA HANTU??? Semua cerita menggunakan ayat ALQURAN untuk menampakkan realnya cerita tu. Tapi mungkin secara senyap2 nye, ini akan membina minda masyarakat untuk menggunakan bomoh yang ala- ala ustaz tapi x betul juga sebgai penyelesaian masalah kembali. Nanti Semua benda orang akan kata BUATAN ORANG, padahal demam je. Yelah, dalam cerita-cerita hantu ni, ustaz2 menjadi hero untuk menghalau hantu2. tapi yang peliknya, kemenyan yang dibuat berlakon tu macam nak panggang ayam dah asapnya. PERUBATAN ISLAM ADA GUNA KEMENYAN???? Macam pelik je.... Minggu lepas EXPOSE MISTIK di Astro menayangkan tentang sorang ni tengah berubat ngan Ustaz Sharhan. Benda ilmiah begini sepatutnya ditayangkan . ala.. susah2 tengok je kupasan Al kuliyyah TV3 yang banyak juga membincangkan pasal rasuk2 ni. So, sebagai penoton bijak memilih atau at least kalau nak tengok juga banyakkan berfikir daripada taksub ngan cerita- cerita hantu....
Monday, June 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment