pauTAN sAKti

Tuesday, September 2, 2008

ADA APA DENGAN POSE....


Ada apa dengan puasa????


Alhamdulillah, dalam kita menghitung detik KEMERDEKAAN, tidak ketinggalan juga detik Puasa Di Bulan Ramadhan Al-mubarak iaitu bulan mulia. Bulan barakah …
Pengalaman diriku pertama kali bertarawikh dengan masyarakat kampung di Sabah, terasa suasana di kampung halaman. Terubat jua rindu walaupun berada di perantauan. Kanak- kanak serta masyarakat berjalan kaki beramai- ramai , ada juga membawa bekalan moreh. Kehidupan di kampus membuatkan diri terikat dengan suasana kampus yang hanya dikelilingi mahasiswa kelompok remaja sahaja. Nah, di sinilah kita diuji apabila berhadapan dengan dunia realiti. Dengan ragam masyarakat yang bervariasi. di sini peranan kita diperlukan dalam membantu memahamkan islam yang indah pada masyarakat. Masa inilah jugalah dakwah bil- hal (dakwah daripada perbuatan) perlu ditunjukkan untuk berkenal- kenalan serta berbaik dengan jiran tetangga yang jauh mahupun dekat.

Firman Allah:
Maksudnya: Wahai orang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa (ramadhan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa.
Al-baqarah: ayat182

Maksudnya: Dalam bulan Ramadhan diturunkan al Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.
Al- baqarah:ayat 185
Rasullullah s.a.w bersabda:
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullulluah SAW bersabda: “Setiap amalan anak- anak Adam itu dilipat- gandakan, satu kebajikan dilipatgandakan dengan 10 sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman: Kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-KU dan AKU yang akan membalasnya, ia mengekang syahwat dan makanan hanya untukKU. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika ia berbuka dan kegembiraan ketika ia menjumpai Tuhannya. Dan bau mulut orang berpuasa di hadapan Allah lebih harum dari wangian misk
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Banyak fadhilat daripada puasa dan slot daripada Ustz Zawawi pagi semalam di IKIM mengatakan ada 4 fadhilat utama iaitu saya fokuskan pada fakta sains yang telah dibincangkan di Konvensyen Casablanca iaitu:
1. Penurunan kandungan gula dalam darah
2. Penurunan tekanan darah
3. Penurunan lipid dalam darah
4. Penurunan berat badan

Realiti vs halusinasi?

Rasullullah saw bersabda: agama islam dibangunkan atas lima perkara: bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi muhammad utusan Allah, mendirikan solat , mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di makkah bagi orang yang berkuasa...


Apakah di atas? Inilah dia Rukun islam. Apabila disebut tentang rukun, sudah pasti ianya adalah mengikut urutan daripada pertama hingga terakhir. Macam solat, takkan ruku’ dahulu baru takbiratulihram, faham? Buat kita,sebenarnya, setiap rukun islam perlu diselesaikan mengikut rukunnya, daripada mengucap, mendirikan solat, sehingga seterusnya. Halusinasinya, kebanyakan orang islam dewasa kini mengimaginasi puasa no 1 solat no last2. Realitinya, puasa dilakukan tetapi solat ditinggalkan. Kenapa saya membuka bicara ini apabila realiti umat masa kini membuat sesuatu yang boleh dizahirkan di mata manusia lain. Dalam tempoh seminggu aku menolong di sebuah restoran di sini, makanan lambat sampai, lalu sekelompok remaja memberitahuku supaya cepat sedikit kerana mereka berpuasa. Makanan tiba, 1 jam berlalu namun mereka tidak juga berganjak. Maghrib melabuhkan tirainya untuk isyak datang bertandang. Rileks sahaja mereka walaupun surau ada disediakan di sini. Baru aku terfikir. Kita malu apabila tak puasa sebab orang nampak kalau kita makan, tetapi solat, kita hanya perlu beritahu ”dah” cukup sekadar itu , orang akan percaya. Kita malu apabila kena tangkap sebab tak puasa tetapi kita rileks sahaja apabila meninggalkan semua solat seharian. Betul ke tak ek manusia kini buat gitu sokmo. Zahir di pandangan manusia, bagaimana pandangan Allah? Kita melebihkan redha manusia daripada redha yang Esa. Sedangkan ibadah itu sendiri membawa maksud pengabdian kepada Allah bukan kepada manusia.
Mungkin selama ini kita tidak mementingkan solat, sedangkan solat dan puasa dua- dua penting dan wajib. Kerana itu puasa yang sebenarnya bukan puasa menahan lapar sahaja tetapi termasuk kekangan nafsu jua.
Oleh itu, dikesempatan ramadhan ini ubah persepsi serta jati diri kita dengan mengamalkan iman secara sepenuhnya bukan sekerat- sekerat. Jadikan ia satu titik permulaan untuk menyusun hidup kita dengan islam kembali.ingat, untuk diri jua dan perkongsian bersama, tiada istilah puasa no 1 , solat no last2. Moga ramadhan ini islam tertegak di hati- hati kita. Salam ramadhan. Salam mujahadah.Salam berpuasa.wasalam.

1 comment:

Elias Thalassis said...

Hello I like your blog, I invite you to visit my blog of photography